31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sultan Ibrahim kurnia X70, Myvi kepada doktor dan matron HSA

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kakitangan Wad DiRaja HSA, hari ini.

Dalam hantaran Facebook Sultan Ibrahim menjelaskan, pengurniaan itu adalah sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.

Pengarah Hospital, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd Firdaus Shamsuddin masing-masing menerima sebuah Proton X70.

Selain itu, Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman masing-masing  menerima sebuah Perodua Myvi.

Seorang penerima bersama kereta Proton X70. Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM

Sementara itu, kenderaan diserahkan oleh Datuk Perdana Dalam, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa selaku wakil kepada Baginda Tuanku Sultan Ibrahim.

“Patik memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KeBawah Duli Tuanku atas kurniaan Baginda ini kepada patik dan kakitangan sekalian.

“Patik mendoakan Tuanku serta Kerabat DiRaja sentiasa sihat sejahtera. InsyaAllah, kami akan terus berikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata,” kata Dr. Mohtar kepada Royal Press Office (RPO) selepas menerima kenderaannya.

29 September lalu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan kereta jenis Perodua Myvi kepada 10 jururawat HSA bagi menzahirkan penghargaan atas khidmat mereka kepada baginda dan keluarga DiRaja Johor.

Penghargaan tersebut adalah untuk 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja HSA atas sumbangan mereka.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan