23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Sokong Belanjawan 2021: Agong zahir penghargaan kepada Ahli Parlimen

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah memberi sokongan bagi meluluskan Belanjawan 2021 pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata,

Al-Sultan Abdullah mengalu-alukan sokongan yang telah diberikan bagi kelulusan Belanjawan 2021 untuk menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah mendokong titah nasihat Baginda pada 28 Oktober 2020 lalu untuk memberi sokongan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta kemaslahatan negara.

“Sesungguhnya, selain daripada pemulihan ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat. Belanjawan 2021 amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha membendung dan menangani ancaman wabak Covid-19,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, selaku Ketua Negara, Al-Sultan Abdullah amat menghormati setiap parti politik yang berdaftar di negara ini.

“Seri Paduka Baginda juga menghargai peranan dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat dalam membela kebajikan rakyat,” kata beliau.

Sehubungan dengan itu Seri Paduka amat menghargai komitmen dan semangat muafakat serta gandingan bahu setiap pihak kerana ian amatlah penting bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi demi kesejahteraan bersama.

Baca juga:   Belanjawan 2021: Najib jangan buat tanggapan melulu
Baca juga:   445 pelajar berhenti sekolah atas alasan ingin berkahwin

“Marilah kita sama merenung firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Sural An- Nisa, ayat 85 yang bermaksud:

“Sesiapa yang memberi syafaat (bantuan dan pertolongan) yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya. Dan sesiapa yang memberi syafaat (bantuan dan pertolongan) yang buruk nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan ingatlah Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu,” kata kenyataan itu.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan keyakinan penuh kemampuan kerajaan untuk menerajui pentadbiran negara pada saat negara sedang diuji dengan pelbagai krisis ini. – Edisi 9

Terkini

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menziarahi pusara bekas 'sifu' atau mentor politiknya, Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan