24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hanya Perlis, Kelantan, Pahang tidak dikenakan PKPB

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.

Astro Awani melaporkan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh penguatkuasaan adalah selama empat minggu, bermula 9 November sehingga 6 Disember ini.

“KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah melaksanakan penilain risiko dan mendapati terdapat peningkatan bilangan kes COVID-19 dan kadar kebolehjangkitan di negeri-negeri tersebut.

Advertisements

“Pelaksanaan PKB ini bagi membolehkan KKM menjalankan saringan secara bersasar dan mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti.

“PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan. Negeri-negeri lain semuanya dikenakan PKPB,” katanya dalam sidang media harian pada Sabtu.

Tambah beliau, prosedur operasi standard untuk PKPB itu sama juga seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan