26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Empat individu dipercayai cemar Sungai Selangor ditahan

Mesti Baca

SHAH ALAM – Sebanyak empat individu ditahan polis, hari ini dalam beberapa siri tangkapan dipercayai ada kaitan dengan kes pencemaran air di Taman Velox, Rawang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kesemua suspek ditahan antara tengah malam hingga awal pagi tadi.

Fadzil berkata, polis menjalankan tangkapan dalam satu operasi susulan laporan diterima berkaitan kes pencemaran air terbaharu itu.

Menurutnya, tangkapan itu dibuat di Gombak, Damansara dan Kelana Jaya.
Tambah beliau, empat individu yang ditangkap ialah tiga lelaki dan seorang wanita termasuk seorang warga asing.

Bahan kimia dibuang ke dalam saluran pembentungan IWK. Foto FACEBOOK LUAS

“Siasatan awal mendapati, pemilik syarikat itu, yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyewa premis di Taman Velox, Rawang, Selangor.

“Dua lagi suspek merupakan pekerja, termasuk seorang lelaki warganegara Bangladesh, dipercayai menumpang stok bahan kimia di premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, empat loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor terpaksa dihenti tugas selepas pencemaran bau dikesan.
Sebanyak tujuh wilayah melibatkan lebih seribu kawasan terputus bekalan air akibat pencemaran itu.

Fadzil memberitahu, siasatan awal  mendapati berlaku aktiviti membuang sisa kimia ke dalam lubang kumbahan Indah Water Konsortium di premis terbabit sebelum mengalir ke kawasan tercemar.

Beliau menjelaskan, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, polis akan mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Selayang, hari ini.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan