24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Ahli Parlimen Warisan kecewa dengan Anwar

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketidakhadiran 11 ahli Parlimen daripada Warisan di sidang Dewan Rakyat hari ini dikatakan memang disengajakan atas alasan mahu menunjukkan rasa kecewa mereka kepada kepemimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli kepada portal berita Malaysiakini.

Rozman berkata, beliau dan ahli Parlimen Warisan berada di Kuala Lumpur namun bersepakat untuk tidak hadir dalam sesi undian berkenaan sebagai cara “menghantar isyarat” kepada Pakatan Harapan (PH).

“Kami dah penat dengan apa yang berlaku dalam blok pembangkang. Dan buat masa ini keputusan kami ialah, kami tidak akan menyertai sesi undi belah bahagi,” katanya ketika dihubungi oleh portal berita tersebut.

Ketiadaan kesemua 11 ahli Parlimen Warisan termasuk Rozman dikatakan menjejaskan peluang pembangkang untuk menolak Belanjawan 2021 di peringkat Jawatankuasa yang dibahaskan mulai hari ini.

Sambil menjelaskan, Ahli Parlimen Warisan akan terus bersikap begitu sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan, Rozman yang juga Ketua Whip parti itu berkata, mereka kecewa dengan “perbalahan” berterusan yang akhirnya menyebabkan kerajaan PH jatuh pada Mac lalu.

Baca juga:   Tubuh badan khas siasat insiden projek SUKE

Beliau berkata, Warisan juga sangat kecewa dengan arahan saat-saat akhir Anwar semasa Belanjawan 2021 diundi untuk diluluskan pada peringkat dasar pada Khamis lalu.

“Tanpa membuat sikap begini, pembangkang seperti tidak sedar perlunya keputusan tegas dibuat. Seperti apa yang berlaku pada Khamis yang lalu, kami diberi pemberitahuan pada saat-saat terakhir. Ia mengecewakan,” katanya.

Bagaimanapun Rozman berkata, Warisan masih berada dalam blok pembangkang namun pada masa sama parti itu mahu menyampaikan mesej kepada pemimpin yang berkenaan, mereka tidak mahu didorong ke sana sini.

“Dan saya tidak fikir mereka melakukan strategi yang tepat (atau) gerakan yang tepat,” katanya yang meninggalkan UMNO bagi menyertai Warisan.

Baca juga:   UMNO jangan pula turut berjangkit ratib 'Najib, Najib, Najib’

Rozman berkata, partinya mahu memberi tekanan kepada PH agar memilih pemimpin baru kerana ia memberi kesan kepada peluang mereka menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Tanpa arah tuju yang jelas dan tanpa perpaduan yang ketara, saya tak fikir kita mampu bersaing dalam PRU akan datang. Maka sebelum berdepan perang sebenar, kita perlu memberi sedikit isyarat, (melakukan) sedikit langkah bagi memastikan semua pihak dalam pembangkang mula sedar di sana perlu kepimpinan yang kuat dalam blok pembangkang.

“Warisan dah bosan dengan perbalahan dalaman dan beras pembangkang perlukan kepimpinan baru. Ada ramai pemimpin muda sama ada dalam PKR atau parti lain,” katanya.

Selain 11 ahli Parlimen Warisan turut tidak hadir hari ini ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamid (Bagan Datuk), Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Ahli Parlimen Puncak Borneo Willei Mongin.

Baca juga:   Adakah tangan-tangan kotor dari Malaysia terlibat? – Pemuda Pas

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan