29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

2 maut helikopter terhempas di Taman Melawati

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Dua orang maut apabila helikopter dinaiki mereka terhempas berhampiran sebuah sekolah dekat Taman Melawati, hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu turut berjaya dirakam orang awam.

Video berdurasi tujuh saat itu merakamkan sebuah helikopter yang berlegar di udara  secara tiba-tiba ‘meluru’ jatuh ke tanah.

Bunyi kuat hempasan helikopter turut kedengaran dalam rakaman itu.

Dua dipercayai maut dalam nahas dekat Taman Melawati, hari ini. Foto FACEBOOK

Memetik Astro Awani, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan berlaku kejadian helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati, Ampang, Selangor.

Kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas.

Ketika ini pihak bomba dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mangsa.

Laporan awal menyatakan terdapat empat mangsa, tiga lelaki dan seorang perempuan dimana dua daripada mereka dipercayai didapati tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan kejadian itu.

Katanya, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.

Dua mangsa yang terselamat adalah Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Elan.

Beliau pada masa sama turut menyerahkan siasatan terperinci kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan