27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Zahid janjikan hala tuju lebih jelas buat UMNO

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan membentangkan laporan komprehensif bagi menentukan hala tuju parti itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan melibatkan semua pimpinan parti.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu membuat kenyataan tersebut selepas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan membuat desakan agar Ahmad Zahid memberi kenyataan mengenai kerjasama mereka dengan parti lain dilihat tidak menguntungkan.

Kata Ahmad Zahid, untuk permulaan isu berkenaan akan dibincangkan dalam biro politik sebelum dibawa ke Majlis Tertinggi UMNO untuk diperhalusi.

Beliau menegaskan, isu hala tuju UMNO adalah sesuatu yang penting dan memerlukan persetujuan bersama untuk diputuskan.

“Ini soal penting. Tidak sesuai untuk saya bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama,” katanya di Facebook.

UMNO yang bersama-sama dengan parti lain membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya menjadi kerajaan Sabah menggantikan Warisan melalui pilihan raya negeri pada 26 September lalu.

UMNO memenangi kerusi paling banyak berbanding parti lain dalam GRS.

Ekoran kejayaan itu Ahmad Zahid membayangkan keinginan UMNO untuk menduduki kerusi ketua menteri namun sebaliknya parti serpihan mereka, Bersatu, mendapat kedudukan tersebut.

Baca juga:   Sabar yang dipecat, kami akan beri pembelaan - Shahidan

Situasi yang sama seperti di Putrajaya, keberadaan UMNO di Sabah adalah penting untuk kelangsungan kerajaan dan sebarang langkah menarik balik dukungan yang diberi boleh memberi kesan kepada Bersatu.

Baca juga:   Bekas menteri Abdul Aziz Shamsuddin meninggal dunia

Terdahulu, Mohamad berkata ahli UMNO tidak berpuas hati dengan susunan kerajaan Sabah dan meminta Ahmad Zahid supaya mengemudi partinya ke hala tuju yang lebih jelas.

Menurut Mohamad jika UMNO terus menyerahkan kubu kuatnya  seperti Sabah  kepada parti lain, maka pengaruh mereka akan terus berkurangan dari semasa ke semasa.

Ahmad Zahid berkata pemimpin UMNO boleh memberikan pandangan mengenai hala tuju parti dalam mesyuarat yang akan diadakan nanti.

“Semua pimpinan parti boleh memberikan pandangan dalam mesyuarat itu,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Umrah dibenarkan hanya sekali pada bulan Ramadan

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan para jemaah tidak dibenarkan mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan...

Lagi Artikel Berkaitan