28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

PDRM dedah identiti suspek Macau Scam larikan diri

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang ‘memburu’ seorang lelaki yang melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah terlibat dalam kes Macau Scam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek dikenali sebagai Goh Leong Yeong, 32, beralamat di Blok 25B2-5-8 Miharja Condo, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Menurutnya, suspek dikehendaki bagi membantu siasatan tiga kes melibatkan penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mengikut Seksyen 4 (1)(C) Akta Judi Terbuka 1953.

“Suspek melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan SPRM kerana terlibat dengan kes Macau Scam, baru-baru ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi Superintenden Ahmad Zamri Jai ditalian 012-8993622 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, media melaporkan suspek bergelar ‘Datuk Seri’ yang disiasat berkaitan kes Macau Scam itu dipercayai dibantu dua pengawal peribadinya ketika melarikan diri dari Ibu Pejabat SPRM pada Ahad lalu.

Baca juga:   Dikompaun RM5,000 rentas negeri melancong ke Pulau Redang

Kes itu  menarik perhatian netizen yang ingin tahu bagaimana suspek boleh melarikan diri di sebalik fizikalnya yang dilapor berbadan gempal.

Dalam kenyataan media berasingan, Huzir mengesahkan telah menahan tiga suspek selama 21 hari bermula kelmarin hingga 3 November mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Baca juga:   Hina Agong, polis siasat pemilik akaun Facebook Hi Ruey Terng

Katanya, kesemua suspek itu ditahan dan disiasat kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau menambah, kesemua suspek itu ditahan setelah mereka dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dengan kes Macau Scam baru-baru ini.

Wartawan

Terkini

BN mesti menang semua kerusi diamanahkan pada PRN

BARISAN Nasional (BN) perlu menang di semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri,...

Lagi Artikel Berkaitan