25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

12 pihak dikompaun RM50,000 naikkan harga ayam

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Gara-gara menaikkan harga ayam keterlaluan,  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenakan kompaun sebanyak RM50,000 ke atas 12 pihak berkaitan industri termasuk peladang dan peruncit ayam.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, 12 kes tersebut terdiri daripada lapan peladang, dua  pemborong dan dua peruncit.

Beliau berkata, KPDNHEP menerima aduan orang awam mengenai kenaikan harga ayam pada 15 Jun 2020.

Katanya, pemantauan telah dilaksanakan di bawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk mengenal pasti peringkat rantaian pembekalan yang memulakan punca kenaikan tersebut serta  mengesan sekiranya wujud aktiviti pencatutan.  

Advertisements

“Hasil daripada pemeriksaan, sebanyak 286 notis telah dikemukakan kepada peniaga di peringkat peruncit, pemborong dan peladang ayam dengan sebanyak 19 kertas siasatan telah dibuka untuk diteruskan siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.  

“Sebanyak 12 kes telah diambil tindakan di bawah Seksyen 21(5), Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan kesemua kes tersebut telah dikompaun sebanyak RM50,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

  Iskandar Halim berkata, bahagian Penguatkuasa KPDNHEP sentiasa memandang serius isu peniaga yang cuba mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti mencatut semasa menghadapi situasi pandemik ini. 

“Mana-mana peniaga yang menaikkan harga barangan atau caj bagi suatu perkhidmatan tanpa mematuhi perundangan pencatutan akan disiasat dan diambil tindakan yang tegas di bawah akta tersebut,” tegasnya.  – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan