29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Guru dipenggal tunjuk karikatur Nabi Muhammad kepada murid

Mesti Baca

PARIS – Gara-gara menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW di kelasnya, seorang guru sejarah maut dipenggal seorang lelaki dalam satu kejadian di pinggir ibu negara ini, semalam.

Suspek bagaimanapun mati ditembak polis Perancis selepas dilapor cuba menyerang pasukan keselamatan itu.

Lelaki itu dipercayai melakukan pembunuhan itu kira-kira pukul 5 petang di Conflans Sainte-Honorine, barat laut Paris.

Anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas kelibat seorang lelaki mencurigakan berlegar-legar dekat sekolah mangsa.

Mereka menemukan mayat mangsa dan melihat suspek tidak jauh dari tempat itu.

Dia kemudiannya ditembak mati selepas mengancam anggota polis berkenaan.

Agensi berita DPA melaporkan, polis kemudiannya menahan empat individu termasuk seorang daripadanya bawah umur berhubung insiden itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan insiden itu sebagai serangan keganasan dan meminta rakyat agar bersatu.

Menurutnya, mangsa dibunuh kerana beliau seorang guru yang mengajar kebebasan bersuara.

Advertisements

“Seluruh negara berdiri di belakang guru. Keganasan tidak akan memecah belahkan Perancis,” katanya selepas melawat lokasi kejadian.

Terdahulu polis memaklumkan mangsa merupakan seorang guru  yang baru-baru ini mengadakan kelas tentang kebebasan bersuara yang mana dia menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW.

Kata polis, sejak itu mangsa menerima ancaman selepas membuka sesi perdebatan berhubung karikatur berkenaan kira-kira 10 hari lalu.

Ibu bapa murid itu kemudiannya membuat aduan terhadap guru tersebut.
Pendakwaraya Perancis berkata, mereka menyiasat kejadian itu sebagai pembunuhan berkaitan pertubuhan pengganas.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin berkata, beliau mewujudkan sebuah pusat krisis untuk menangani serangan itu.

Sementara itu, Perancis menyaksikan peningkatan serangan berdarah sejak kebelakangan tahun ini dengan lebih 250 orang maut sejak 2015.

Serangan terbaharu berlaku minggu lalu selepas serangan ke atas bekas pejabat majalah kontroversi, Charlie Hebdo yang mencederakan dua orang.

Pada 2015, beberapa kakitangan majalah itu terbunuh selepas menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW. – AGENSI

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan