Thursday, July 23, 2026

BN tidak sertai pilihan raya kecil Batu Sapi – Zahid

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi ekoran penularan wabak Covid-19.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada hebat parti, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan.

“Keputusan ini dibuat kerana BN merasakan Covid-19 hendaklah dielakkan dari menular, sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan, sebagaimana yang dialami sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu,” kata Zahid yang juga Presiden UMNO dalam satu kenyataan.

Kerusi Parlimen Batu Sapi dalam daerah Sandakan, Sabah kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong dari parti Warisan akibat jangkitan paru-paru pada 2 Oktober lalu.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Ketika ini Sandakan yang diisytihar sebagai kawasan zon merah dan sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan kes Covid-19.

Zahid berkata, BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan diadakan kelak.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sahaja yang mengesyorkan agar Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan sebarang calon mengambil kira keadaan Covid-19 yang sudah menghampiri 700 kes.

Malah gesaan itu turut ditujukan kepada semua parti politik lain termasuk Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi mengekalkan status quo Parlimen itu di bawah Warisan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan