29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Asyraf Wajdi kongsi kisah kesengsaraan rakyat ketika ini

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini tampil menceritakan dua kisah kepayahan rakyat yang berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan kesan ekonomi yang begitu menekan ketika ini.

Menurutnya, dua kisah itu hanyalah sebahagian daripada ratusan mesej yang Pemuda UMNO terima hampir setiap hari di tengah-tengah kepayahan rakyat berhadapan dengan kesan kemelesetan ekonomi.

ASYRAF WAJDI menyelami rintihan marhain sepanjang menjalani kuarantin di rumahnya.

Bercerita lanjut, Asyraf berkata, semasa menggunakan perkhidmatan e-hailing ke pejabat, beliau sempat bertanya khabar dengan seorang pemandu Grab.


Kata pemandu itu:”Sejak Subuh tadi, inilah pelanggan kedua saya. Tadi pun saya dapat RM4, campur dengan Tuan (Asyraf Wajdi) RM14 menjadikan sampai pukul 11.30 ni baru berjumlah RM18. 


“Macam tulah nasib kami sekarang. Satu hari nak dapat RM50 pun bukan mudah dah sekarang. Kalau dulu RM150-RM200 sehari itu biasa,” kata pemandu itu.

Demikianlah rintihan seorang rakyat marhain pemandu Grab kepada beliau dan satu lagi kisah seorang pekerja syarikat penerbangan. 

Katanya, pekerja itu menghantar mesej peribadi di akaun Facebook beliau namun tidak pula dinyatakan sama ada beliau seorang juruterbang atau pramugara. 

Advertisements


Beliau menulis kepada saya, “Saya dan ramai rakan-rakan kini berdepan dengan kesempitan hidup. Dahulu dengan elaun sahaja boleh mencecah sehingga Lima angka, sudah cukup menampung kehidupan sekeluarga. 


“Kini sudahlah elaun penerbangan dah tak ada, gaji pula dipotong. Nak minta bantuan tak layak kerana rekod kami di LHDN.

“Sudah mohon dilanjutkan moratarium daripada pihak bank sampai sekarang sepi tanpa berita. Tak tahu macam mana nak survive hujung bulan ni untuk bayar pinjaman rumah, kereta dan peribadi. Harap dapat membaca keluhan rakyat biasa macam saya,” katanya.

Asraf Wajdi menegaskan, atas sebab itu, Pemuda UMNO tampil membuat beberapa tuntutan kepada Kerajaan agar diberi perhatian terhadap kesengsaraan rakyat ketika ini.


Katanya, ini termasuklah perlanjutan tempoh moratarium secara bersasar bukan sekadar menyerahkan bulat-bulat kepada pertimbangan pihak bank semata-mata.


“Buat ahli-ahli politik tidak kira mewakili mana-mana parti, ayuh kita lakukan gencatan politik seketika, meletakkan ke tepi perbezaan yang ada demi memikirkan solusi terbaik untuk sama-sama kita memfokuskan agenda membantu rakyat!,” tegas beliau.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan