25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

Sultan Johor kurnia Myvi kepada 10 jururawat Wad Diraja HSA

Mesti Baca

JOHOR BAHRU –  Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 10 kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Kurniaan itu adalah bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat mereka kepada baginda dan juga Keluarga DiRaja Johor.

Jururawat Wad Diraja HSA bersama kereta baharu mereka. – Foto FB SULTAN IBRAHIM

Penyelia Jururawat, Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak tahun 2006, melahirkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan. 

“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan ini. 

“Besar sungguh nilainya kepada kami semua, dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Johor serta Keluarga Diraja Johor,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Jururawat Wad Diraja HSA bersama kereta baharu mereka. – Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM

Kenderaan berkenaan disampaikan kepada mereka dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn. Bhd di Larkin, Johor Bahru oleh Pengarah Kasawari Motors, Muhammad Fahmi Bin Datuk Seri Paduka Dr. Hassan. 

Baca juga:   Jangan sampai Johor keluar daripada Malaysia - Sultan Ibrahim

Turut berkongsi perasaan syukur, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu. 

“Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor,” katanya.

Baca juga:   PM beri tempoh dua minggu sediakan dasar subsidi bersasar

Wartawan

Terkini

MOU PKNS, Samsung beri nilai tambah kepada pembeli

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya. Ketua Pegawai...

Lagi Artikel Berkaitan