31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Presiden tak kata UMNO/BN sokong Anwar – Asyraf Wajdi

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak sesekali mengatakan bahawa UMNO-Barisan Nasional (BN) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebook berkata, keputusan dan ketetapan kepimpinan tertinggi parti dalam Majlis Tertinggi yang dipengerusikan Presiden sendiri jelas iaitu:

1. Tolak DAP


2. Tolak Anwar


3. Apa jua keputusan Ahli-ahli Parlimen secara en-bloc dan sepakat secara kolektif


4. Perkasa dan perkukuh kerjasama Muafakat Nasional


5. Sokong Kerajaan PN sehingga PRU-15, namun tidak sertai sebagai salah satu parti komponen jika PN didaftarkan sebagai parti.

Semalam, Ahmad Zahid dilapor sebagai berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang berhasrat menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, ini kerana, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen PN. Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari ahli-ahli Parlimen sahaja.

“UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar bagi menyatakan hasrat beliau,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga:   Bukan perkauman, hanya periksa individu mencurigakan

Ahmad Zahid berkata, ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN telah menyuarakan sokongan bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara terperinci bentuk sokongan tersebut.

Baca juga:   Zahid jamin dengar pandangan akar umbi, netizen

“Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan,” katanya.

Terdahulu Anwar dalam sidang media tergempar semalam mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

Wartawan

Terkini

Malaysia-Singapura bincang kerjasama dua hala

HUBUNGAN dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Lagi Artikel Berkaitan