24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hampir sejuta penduduk Sabah jalani PKPDB esok

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat daerah di Sabah iaitu Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran oleh kerajaan bermula esok.

PKPDB secara pentadbiran itu berkuatkuasa pukul 12.01 tengah malam sehingga 12 Oktober melibatkan seramai 962,661 orang penduduk.

ISMAIL SABRI

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri, atas nasihat Menteri Kesihatan, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di kawasan terlibat.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di daerah  Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna dari 1 hingga 27 September 2020.

“Daripada jumlah itu Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

“Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” kata Ismail dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan, dengan pelaksanaan perintah terbaharu itu, semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Advertisements


Ujarnya, bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terlibat sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

“Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit.

“Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup,” katanya.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat bagi memastikan penduduk mematuhi perintah tersebut.

“Semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” kata Ismail Sabri.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah seperti berikut : Lahad Datu : 089-881255; Tawau : 089-752222; Kunak : 089-851222 danSemporna : 089-782020.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan