25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tanding 45 kerusi: Bersatu Sabah patut ukur baju di badan sendiri

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka diadakan pada bulan September 2020.

Ini bagi memberi sedikit ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya mengejut di sebuah negeri yang besar dan mempunyai pelbagai keperluan logistik itu.

PRN Sabah akan mempertaruhkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dipertandingkan, iaitu pertambahan 13 kerusi berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

Bagi memerintah negeri Sabah, parti politik yang bertanding memerlukan kemenangan di 37 kerusi DUN.

Secara kasar, DAP dan Warisan (PH Plus) mempunyai 11 kerusi selamat dan empat kerusi yang agak selamat. Manakala, UMNO mempunyai lima kerusi yang benar-benar selamat.

Kerusi-kerusi yang dikatakan selamat itu berjumlah 20 kerusi. Maka secara kasarnya, PRN Sabah akan memperlihatkan pertandingan yang sengit di 53 kerusi DUN yang lain.

Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Ketua Bersatu Sabah mengumumkan parti itu akan bertanding di 45 kerusi DUN.

BUNG MOKTAR RADIN menggalas tanggungjawab memimpin UMNO Sabah selepas sebahagian besar pemimpinnya meninggalkan parti.

Ini menimbulkan kemarahan dalam kalangan pemimpin politik Sabah yang berada di dalam saf kepimpinan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidakkah Hajiji sedar bahawa Bersatu di Sabah merupakan parti serpihan UMNO Sabah? Bersatu Sabah merupakan sebuah parti yang baharu di negeri Di Bawah Bayu itu.

Sepatutnya kepimpinanan Bersatu Sabah mengukur baju di badan mereka sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat provokatif terhadap rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN).

Bersatu Sabah bukan sahaja tidak mempunyai jentera pilihan raya yang kuat, malahan mereka sukar mendapatkan 45 calon yang berwibawa untuk bertanding dalam PRN Sabah nanti.

Kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin amat tepat iaitu Barisan Nasional (BN) serta gabungan parti-parti di Sabah yang bersama parti itu akan bertanding di kesemua 73 kerusi DUN.

Bung Moktar juga berkata, BN dan UMNO bersedia untuk berunding dengan semua parti di dalam gabungan (PN) berkenaan berhubung pengagihan kerusi.

Persoalannya, adakah kepemimpinan Bersatu Sabah seperti Hajiji mahukan pertandingan tiga penjuru demi kepentingan politik peribadi, dan ini akan membenarkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkuasa semula sebagai Ketua Menteri?

Atau, apakah Hajiji dan Bung Moktar boleh mencari jalan kesepakatan untuk memastikan satu lawan satu di semua 73 kerusi yang akan ditandingi untuk memastikan PH Plus tidak lagi berkuasa di Sabah?

Hari Raya Aidiladha yang baru lalu mengajar kita semua, makna pengorbanan. Maka, berkorbanlah sedikit demi kesejahteraan rakyat, negara, agama dan perpaduan. – ABDUL RAHMAN ABDULLAH

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan