29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pilihan raya awal perlu untuk kestabilan politik – Abdul Hadi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Orang Melayu mesti memperoleh kedudukan dominan dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kestabilan politik di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya diperlukan untuk menambah wakil orang Melayu di Parlimen dan mengesahkan kuasa gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Bagi memastikan kestabilan politik, penting untuk memiliki kaum yang menguasai masyarakat memimpin kerajaan,” kata Hadi ketika ditemubual agensi berita Reuters.

Malaysia menghadapi ketidaktentuan politik selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada Februari dan kerajaan baharu dibentuk dengan majoriti tipis di Parlimen.

Dr Mahathir digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendapat sokongan PPBM (Bersatu) dan dua parti lain mewakili orang Melayu, UMNO dan Pas.

Kaum Melayu yang kebanyakannya beragama Islam, merangkumi kira-kira 60% daripada populasi 32 juta, dengan selebihnya kebanyakan Cina dan India.

Advertisements

Selama beberapa dekad Pas mahu menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia, dengan melaksanakan hukuman lebih tegas terhadap orang Islam atas kesalahan jenayah seperti zina dan minum arak mengikut undang-undang Islam.

“Kawasan yang majoriti beragama Islam perlu diwakili orang Islam, dan juga kawasan majoriti bukan Islam perlu diwakili bukan Islam,” katanya.

Pakatan pimpinan Muhyiddin berjaya menggantikan speaker Dewan Rakyat dengan kelebihan satu undi, namun kemudian berdepan rintangan apabila UMNO mengumumkan ia tidak akan menyertai pakatan itu selepas pemimpinnya, Datuk Seri Najib Tun Razak, dihukum penjara kerana skandal 1MDB.

Perpaduan orang Melayu yang diterokai oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, parti gabungan akan terus menyokong kepemimpinan Muhyiddin dan mencalonkannya sebagai perdana menteri mereka dalam pilihan raya.

“Jika anda mencampurkan sokongan untuk Pas, UMNO dan Bersatu, banyak kerusi yang kami boleh menang.

“Kami mungkin dapat memenangi majoriti dua pertiga,” kata Hadi meramalkan pilihan raya akan diadakan akhir tahun ini atau awal 2021.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan