27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MN wajar dengar suara akar umbi – Asyraf Wajdi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi UMNO wajar memperhalusi dan mempertimbangkan suara hati akar umbi sebelum memuktamadkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  ke dalam Muafakat Nasional (MN).


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada maklum balas ahli-ahli akar umbi, sekurang-kurangnya ada lima faktor utama yang memperlihatkan fenomena kemarahan dan keresahan ahli akar umbi. 


Faktor itu adalah:


#Bersatu hari ini ditanggapi oleh ramai pihak sebagai parti yang sebahagian besarnya didokongi oleh pemimpin-pemimpin yang ditanggapi sebagai mereka yang mengkhianati perjuangan. Seramai 15 ahli Parlimen  Bersatu merupakan ahli Parlimen UMNO yang melompat sedangkan mereka menang atas penat lelah jentera parti di akar umbi.


#Penubuhan Bersatu sendiri pada peringkat awal sebelum PRU14 adalah serpihan UMNO yang menjadi punca perpecahan orang Melayu sehingga runtuhnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) buat pertama kali dalam sejarah.

#Kenyataan-kenyataan berupa penghinaan terhadap UMNO oleh kepimpinan tertinggi Bersatu sendiri begitu dalam kesannya yang amat mengguris perasaan ahli akar umbi.

#Kedudukan Bersatu yang dilihat berpecah kepada beberapa kumpulan mencetuskan persepsi ramai bahawa parti Bersatu hanya mahu menyelamatkan kepimpinan tertentu berbanding agenda penyatuan ummah dan perjuangan membela rakyat.


#Berbanding dengan pembentukan kerjasama dengan Pas yang melalui  proses yang panjang termasuk lebih 700 siri-siri ceramah penyatuan ummah di peringkat akar umbi sehinggalah dibawa ke peringkat Perhimpunan Agong UMNO untuk dibahaskan dan dipersetujukan bersama, penyertaan Bersatu ini dilihat ahli akar umbi semacam suatu yang terdesak dan terburu-buru!


Justeru kata Asyraf Wajdi, pandangan-pandangan ini perlu diperhalusi dan didengari oleh kepimpinan parti sebelum membuat keputusan menerima Bersatu ke dalam Muafakat Nasional. 

ASYRAF WAJDI DUSUKI


“Saya khuatir penyertaan Bersatu tanpa sokongan penuh ahli-ahli akar umbi akan meruntuhkan matlamat asal yang telah terbina dan terukir hasil satu muafakat yang utuh,” katanya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan