26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kes Guan Eng: PH, DAP jangan main kad simpati

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dan DAP tidak perlu bermain dengan kad simpati dengan menghina proses undang-undang negara kononnya tidak bebas dan bermotifkan politik.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dalam tempoh kurang 24 jam yang lalu, telah banyak penghinaan serta herdikan dikeluarkan oleh pemimpin DAP dan PH yang menyatakan proses perundangan dihadapi oleh Lim Guan Eng adalah suatu bentuk pendakwaan bersifat politik.

Malah katanya, dalam saluran media rasmi DAP sendiri menyatakan kononnya ‘tiada sebarang bukti kesalahan dapat dikemukakan’ oleh pihak pendakwaan dan ia sangat pelik sebab perbicaraan belum lagi bermula, baru di peringkat bacaan dakwaan.

“Tindakan DAP dan PH ini menunjukkan sekali lagi bagaimana sikap ‘double standard’ mereka terhadap perjalanan undang-undang negara.

“Apabila kena batang tubuh mereka, habis dihina sistem kehakiman negara. Sedangkan hanya pada minggu lalu, mereka sanjung mahkamah apabila keputusan kes melibatkan pemimpin UMNO sesuai dengan kehendak mereka,” tegas beliau dalam blognya khairykj.com, hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, dalam tempoh dua tahun yang lalu, ramai pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah semasa di bawah pentadbiran PH.

Namun tegas beliau, ahli-ahli UMNO tetap menghormati proses yang telah dibuat.

“Kalau yakin tidak bersalah, kemukakan hujah dan bukti di mahkamah. Tidak perlu bermain dengan kad simpati dengan menghina proses undang-undang kononnya tidak bebas dan bermotifkan politik,” katanya.

Guan Eng, 60, yang juga bekas Menteri Kewangan, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bagan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Guan Eng, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan iaitu, balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan