30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Hina polis: Bukit Aman siasat kenyataan Asri Janggut

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menerima satu laporan yang dibuat individu susulan kenyataan yang dikeluarkan Asri Janggut menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Memetik Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, laporan itu dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.


Menurutnya, siasatan dijalankan oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya, hari ini.


Satu klip video memaparkan kenyataan yang dibuat Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mengguris hati petugas keselamatan berkenaan tular di media sosial malam tadi.


Asri dalam kenyataannya di video berkenaan mendakwa petugas keselamatan itu tidak menunaikan solat dan merokok.

Advertisements


Selain itu, lelaki itu turut mempertikaikan tentang petugas keselamatan itu adakah pernah bertanyakan kepada anak mereka tentang kalimah syahadah.


Asri yang juga pengasas Hot Burger Malaysia sebelum ini menerusi videonya tular dengan dakwaan bahawa terdapat aktiviti perjudian dan perniagaan haram di Sungai Buloh.


Ekoran pendedahan itu, empat penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melindungi aktiviti judi haram di sekitar Sungai Buloh direman tujuh hari oleh mahkamah sehingga 18 Ogos ini.

Sementara itu, Asri menerusi Facebook memohon maaf di atas kenyataan dibuatnya semalam.

“Bismillah.. assalammualaikum semua,berkenaan tentang solat,saya akui kelemahan,keterlanjuran,kejahilan saya saya merasa amat- amat menyesal,malu,bersalah atas perkara tersebut,saya ingin memohon jutaan maaf atas kejahilan saya,” tulisnya.

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan