27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Filem animasi BoBoiBoy ke Turki bulan depan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Selepas mencatat kejayaan di negara ini, filem animasi superhero Malaysia, BoBoiBoy bakal menggegar pawagam di Turki dengan penayangan dua filem pecah panggung pada penghujung tahun ini.

Dalam satu kenyataan oleh Monsta, studio di belakang tabir BoBoiBoy, bekerjasama dengan pengedar tempatan CJ Entertainment Turkey dan Two Productions untuk membawa BoBoiBoy The Movie pada September depan, disusuli sekuelnya BoBoiBoy Movie 2.

“Namun Monsta tidak berhenti sekadar di situ, kerana studio itu turut dalam perbincangan untuk membawa kesemua 76 episod siri animasi BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy ke kaca televisyen di Turki.

Advertisements

“Kesemua filem dan siri animasi itu turut dialih bahasa ke dalam bahasa Turki, supaya penonton dapat mendalami watak superhero kegemaran mereka dengan lebih rapat lagi,” menurut kenyataan itu kepada Bernama.

Menurut Monsta, francais animasi BoBoiBoy yang semakin popular itu berjaya menembusi pasaran hiburan di lebih 70 negara seperti di Asia Tenggara, India dan MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara), dan Turki menjadi medan baharu bagi francais berkenaan mengembangkan sayap ke negara-negara berhampiran.

Monsta komited dalam menerajui usaha pengeksportan animasi Malaysia berkualiti tinggi serta berharap dengan kedatangan BoBoiBoy di Turki, jutaan penonton baharu dapat menikmati siri animasi yang sarat dengan aksi, komedi dan hiburan untuk seisi keluarga. – EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan