27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 4, 2023

Dedah runding terus demi ketelusan, jangan dipolitikkan – Tengku Zafrul

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Isu berhubung pemberian 101 projek secara rundingan terus (RT) bernilai RM6.61 bilion semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu dipolitikkan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan, sebagai individu bertanggungjawab terhadap isu perbendaharaan negara, beliau hanya menjawab soalan yang dikemukakan ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Jelas Tengku Zafrul, Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 membenarkan rundingan terus, sekali gus tiada sebab untuk perkara itu dipolitikkan.


“Setelah saya menjawab isu itu (di Parlimen), banyak permintaan daripada beberapa pihak (supaya) senarai projek berkenan dikeluarkan.


“Jadi, atas dasar ketelusan, saya buat keputusan untuk keluarkan senarai tersebut dan ia berdasarkan fakta.


“Bukan atas sebab siapa yang runding, (atau) bilakah ia ditandatangani. Kalau kita lihat, itu adalah data dan fakta menunjukkan LOA (Surat Anugerah) ditandatangan semasa PH (menjadi Kerajaan).


“Jadi, itu sahaja yang ingin saya sebut. Dan ini tidak perlu dipolitikkan. Ini fakta sahaja,” katanya kepada media hari ini.


Isnin lalu, Tengku Zafrul memaklumkan kepada sidang Dewan Rakyat, rekod menunjukkan Kementerian Kewangan ketika diterajui Lim Guan Eng sebelum ini, telah meluluskan 101 projek berkenaan secara rundingan terus.

Baca juga:   Lesap di Kemaman lepas langgar lari, ditangkap di Kuantan


Bagaimanapun jelas beliau, kaedah perolehan secara rundingan terus dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan berdasarkan kriteria tertentu seperti melibatkan keperluan negara yang mendesak.

Baca juga:   Caj penghantar makanan tinggi, rakyat dan peniaga terkesan


Berikutan pendedahan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, pihaknya akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus, semasa era PH.

LIM GUAN ENG

Sementara itu, Guan Eng dalam sidang media hari ini berkata, kebanyakan daripada 101 projek runding terus yang konon diluluskan di bawah kerajaan PH dibuat semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Beliau berkata, berdasarkan senarai dikemukakan Tengku Zafrul semalam, projek runding terus yang dianugerahkan di bawah PH hanya bernilai kira-kira RM352 juta.

Beliau berkata, bakinya sebanyak RM6.25 bilion merupakan projek runding terus yang dianugerahkan di bawah BN yang terpaksa diteruskan atau diambil alih oleh PH.

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan