25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 19, 2022

Bunuh pensyarah dengan tudung, suspek utama didakwa esok

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Suspek utama kes pembunuhan seorang pensyarah universiti tempatan yang dijerut hingga mati dengan tudung Julai lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan terhadap kes itu telah selesai dan arahan pertuduhan telah diberikan oleh Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Kertas Siasatan telah mendapat arahan tuduh daripada Pejabat TPR Selangor pada 10 Ogos 2020 (Isnin). Suspek seorang lelaki Melayu berumur 41 tahun yg merupakan bekas suami (dalam proses daftar penceraian) kepada si mati akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Sepang pada 11 Ogos 2020 (Selasa),” katanya yang dipetik Astro Awani.

Suspek berusia 41 tahun itu direman sehingga 6 Ogos lalu bagi membantu siasatan.

DR MAIZATULNIZA OTHMAN

Dalam kejadian pada 30 Julai lalu, polis menemui mayat wanita berusia 40 tahun itu berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang.

Mangsa adalah seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin sebelum ini berkata motif pembunuhan telah dikenal pasti dan siasatan kes itu telah selesai.

Baca juga:   Rasuah: Bekas pensyarah luluskan pelajar didenda RM10,000

Tindakan suspek membuat tempahan e-hailing terus ke lokasi kejadian berjaya merungkai kes itu.

Suspek yang bekerja sebagai sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan Rabu lalu di Taman Mas, Putra Perdana, di Sepang.

Baca juga:   600 pensyarah sambilan UiTM tidak diberhentikan

Lelaki itu turut berpura-pura mencari isterinya, 40, bersama anak perempuan berusia 14 tahun selepas membunuhnya sebelum menghubungi Mers 999 mendakwa menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pukul 1.04 pagi.

Suami yang membunuh isterinya itu didapati curang, menyebabkan wanita tersebut tetap memfailkan pengesahan penceraian mereka sehingga mencetuskan masalah rumah tangga dan menjurus kepada pembunuhan tersebut.

Terkini

Ustaz Kazim mohon bantuan cari penawar

PENDAKWAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati...

Lagi Artikel Berkaitan