24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Walau apa keadaan, Pas tetap bersama UMNO – Hadi

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Pas mengambil sikap akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip kedaulatan undang-undang yang didukung oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Pas yakin Datuk Seri Najib akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah ke peringkat seterusnya.

“Walau dalam apa keadaan sekali pun, Pas menzahirkan komitmen bersama UMNO dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional,” katanya beliau dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Najib menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan Pas yang sentiasa bersama beliau ketika susah atau senang.

Advertisements

Menerusinya Facebooknya, bekas Presiden UMNO itu berkongsi gambar beliau dikunjungi pimpinan tertinggi Pas diketuai Abdul Hadi serta Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Saya ada tetamu lewat malam tadi (pucuk pimpinan Pas). Tidak perlulah saya mengulas panjang. Sahabat sejati bukan sahaja mereka yang bersama ketika susah atau senang. Tetapi juga mereka yang sentiasa mendoakan kita.

“Sahabat yang sejati sukar ditemui. Jika di sisi, saya hargai dan saya tahu itulah anugerah Allah SWT,” tulis Najib.

Semalam Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan beliau bersalah atas tujuh pertuduhan berhubung kes SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan