31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 27, 2021

Pemuda hormati keputusan mahkamah, Nazir anggap Najib tetap PM terbaik

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pergerakan itu menghormati keputusan institusi mahkamah dan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah dalam kes SRC International.

Katanya, tidak seperti Pakatan Harapan (PH), Pemuda UMNO menghormati keputusan mahkamah.

‘’Masih ada ruang untuk merayu di Mahkamah Rayuan (libatkan 3 Hakim) dan Mahkamah Persekutuan (5 atau 7 Hakim),’’ kata melalui ciapan dalam Twitternya.

Mahkamah Tinggi hari ini mendapati Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bersalah atas semua 7 tuduhan berhubung RM42 juta milik bekas unit 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga berkata pasukan pembelaan Najib Razak gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan, dan pendakwa raya dapat membuktikan kesnya.

“Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan semua 7 tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC dihadapi tertuduh. Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan,” kata hakim tersebut.

Baca juga:   JDT dapat khidmat bekas pertahanan Leeds United

SEMENTARA ITU,  Ketua Pemuda UMNO bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Husin Akhtar Husin berkata, keputusan mahkamah itu tidak akan dapat memadamkan catatan sejarah kegemilangan dan kemakmuran negara di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri itu selama selama 9 tahun. 

Nazir Hussin Akhtar Hussin bersama Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak

Beliau berkata, boleh dikatakan tiada kumpulan rakyat diabaikan oleh pentadbiran Najib. Sama ada bantuan untuk rakyat miskin dan kumpulan B40, mahu pun peluang ekonomi dan perniagaan yang lebih baik untuk kumpulan M40 dan T20. 

Baca juga:   Tidak rugi digelar pengkhianat asal bukan 'Kit Siang' - Najib

‘’Dari segi pembangunan juga, Najib merangka sesuatu yang lebih menyeluruh dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak. Penduduk Sarawak dan Sabah sendiri merasakan perbezaan jelas pentadbiran Mohd Najib dengan kepimpinan sebelumnya dan selepasnya,’’ kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nazir Hussein berkata,  perjuangan mendapat keadilan buat Najib tidak akan ternoktah di Mahkamah Tinggi. 

‘’Kita akan teruskan perjuangan sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Semoga suatu hari nanti keadilan memihak kepada Najib dan apa pun cemuhan dan hinaan musuh politiknya, saya percaya Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yang terbaik,’’ katanya.  – Edisi 9

Baca juga:   Najib jumpa Ismail Sabri bincang isu semasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Muhyiddin, sawit dan peneroka Felda

MENGENALI sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau bukan jenis berkokok dalam perbuatan. Dengan diam dan senyap beliau bantu apa...

Lagi Artikel Berkaitan