25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Padah promosi gelang tangan cegah Covid, ejen didenda RM50,000

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Gara-gara mempromosikan produk gelang
tangan yang didakwa mampu mencegah penularan pandemik Covid-19, seorang ejen syarikat jualan langsung dikenakan kompaun RM50,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihaknya mengesan promosi produk gelang tangan berharga RM580 yang dikatakan mampu mencegah Covid 19 di Facebook.

Katanya, bertindak atas aduan itu, sepasukan pegawai penguatkuasa KPDNHEP telah melakukan pemeriksaan dan menyoal siasat seorang wanita yang mempromosikan produk gelang tangan tersebut melalui laman Facebook miliknya.

“Tindakan wanita tersebut mempromosikan produk dengan
memberi pernyataan yang mengelirukan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10(1)(h), Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan seterusnya tawaran Kompaun maksimum sebanyak RM50,000 ditawarkan kepada ejen jualan langsung berkenaan pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Iskandar Halim berkata, sekiranya kompaun gagal dibayar dalam masa yang ditetapkan, individu itu akan dituduh di mahkamah.

Advertisements

Katanya, penalti bagi kesalahan itu adalah dibawah Seksyen 25, Akta Pelindungan Pengguna 1999 iaitu bukan suatu pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan didenda tidak melebihi RM 100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, Iskandar Halim berkata, KPDNHEP serius dalam memastikan pengguna tidak terpedaya dengan promosi atau pernyataan mengelirukan mengenai kegunaan sesuatu produk.

Selain itu tambahnya, semua pihak yang menjual dan mempromosikan produk supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan