26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 8, 2023

EZ Qurban penerima anugerah pilihan rakyat Malaysia

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Gerak kerja profesional kakitangan EZ Qurban Sdn. Bhd. membolehkan syarikat itu diiktiraf sebagai organisasi akikah dan korban pertama menerima sijil ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti).

EZ Qurban turut diiktiraf sebagai Jenama Terkenal Pilihan Rakyat Malaysia setelah dinobatkan sebagai penerima anugerah kategori People’s Choice Award yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Islam 1441H/2020 anjuran Majlis Dakwah Negara Januari lalu.

EZ Qurban yang memulakan operasi pada April 2007 adalah syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan pelaksanaan ibadah aqiqah dan korban di luar negara khususnya.

PENGIKTIRAFAN yang diterima EZ Qurban sejak 2017.

Menurut Pengurus EZ Qurban, Ustaz Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin semangat kerja berpasukan dan meningkatkan sikap profesionalisme terhadap pelanggan mewujudkan kesefahaman dua pihak di antara pelanggan dan kakitangan sehingga mendapat pengiktirafan sedemikian.

“Kami di EZ Qurban sentiasa mengutamakan pelanggan ketika persoalan tentang perkhidmatan korban yang kami tawarkan di luar negara.

“Persijilan ISO ini membuktikan kami di EZ Qurban komited memberi perkhidmatan yang berkualiti sesuai dengan slogan kami Keutamaan Untuk Anda, Keperluan Untuk Ummah”, jelasnya ketika ditemui Edisi 9 di Ibu Pejabat EZ Qurban di Batu Caves Centrepoint baru-baru ini.

Baca juga:   Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron di Dataran Merdeka

Kejayaan mencipta empat rekod dalam The Malaysia Book of Records di mana penyertaan ibadah korban pada tahun 2019 mendapat Penyertaan Terbesar dalam Program Ibadah Korban (Largest Participation In a Korban Programe) mengatasi rekod terdahulu pada tahun 2016 dan tahun berikutnya (2017).

Baca juga:   Covid-19: 1,247 kes di ICU, 667 kes perlu bantuan pernafasan

Manakala Penyertaan Terbesar dalam Program Akikah turut direkodkan pada tahun 2017.

Pendaftaran korban masih dibuka sehingga hari raya kedua iaitu pada 1 Ogos 2020.

Hubungi 03-618 61911 atau layari www.ezqurban.org/qurban2020. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun. Pengerusi Sekretariat Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan