31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Mahfuz, silap-silap kau kutip petai sepenuh masa – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ini lucu. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini membidas Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar agar tidak terlalu berlagak.

Najib berkata, Mahfuz mungkin lupa bahawa UMNO/BN telah memenangi enam pilihan raya kecil berturut-turut selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Malah Ahli Parlimen Pekan itu menggesa Mahfuz yang juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia agar menjaga kawasan Parlimen beliau sebaik-baiknya.

“Amboi, eksyennya Mahfuz. UMNO tak laku di Sabah dan di semenanjung Malaysia, ya?

“Mahfuz lupa salam 6-0? Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis dan Chini,” kata Najib menerusi Facebooknya hari ini.

Najib berkata demikian bagi membidas kenyataan Mahfuz dalam Facebook beliau yang menyokong Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang mendakwa UMNO tidak laku di Sabah.

Mahfuz dalam hantarannya berkata, bukan di Sabah sahaja UMNO tidak laku malah keadaan sama juga di Semenanjung.

“Tahniah sahabat. Bukan di Sabah saja tak laku, di Semenanjung pun UMNO dah tak laku. Contoh terbaik YB sendiri dulu UNNO sekarang Bersatu.

“Muhyiddin Yassin yang kuat halau UMNO ha… ha… ha…,” beliau.

Sambil memaparkan keputusan PRU-14 bagi Parlimen Pokok Sena yang menunjukkan kombinasi undi yang diperoleh calon UMNO dan Pas lebih besar daripada yang diperoleh Mahfuz, Najib dengan sinis berkata:

“Lebih elok Mahfuz jaga Pokok Sena ko. Silap-silap ko kerja kutip petai full-time hari nanti.”

Dalam PRU-14 lalu, Mahfuz yang juga Naib Presiden Amanah memperoleh 28,959 undi berbanding calon BN, Datuk Said Ali Syed Rastam (18,390 undi) dan calon Pas, Radhi Mat Din (23,401 undi).

Ini bermakna jika undi yang diperokeh oleh calon Muafakat Nasional (MN) diambil kira bermakna Mahfuz boleh tumbang dengan majoriti besar. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan