27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Ingkar arahan kuarantin, polis buru lelaki pakai gelang ‘pink’

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bagai tidak peduli akan bahaya jangkitan Covid-19 yang berpunca dari mereka, individu yang dikenakan perintah kuarantin rumah didapati terus mengabaikan arahan kementerian agar duduk di rumah sepanjang tempoh 14 hari.

Terbaharu, polis dilapor sedang giat mengesan seorang lelaki dipercayai melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selepas imejnya tular di media sosial.

Foto lelaki tersebut yang dipercayai sedang makan di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas, ibu negara jelas menunjukkan gelang tangan berwarna merah jambu pada tangan kirinya yang menandakan dia sedang menjalani proses kuarantin.

Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut.

“Walaupun begitu tindakan telah diambil untuk mengesan dan mengenal pasti lelaki tersebut.

Advertisements

“Polis mengalakkan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) untuk membolehkan tindakan diambil secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu tular di media sosial, pemilik akaun Twitter bernama @isaacosmanTV memuat naik sekeping gambar memaparkan lelaki berkenaan sedang duduk memegang telefon di kedai makan tersebut.

Kelmarin, foto seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

JKM sahkan mangsa pukul di Kemaman pemegang kad OKU

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan lelaki yang dipukul beramai-ramai di Pasar Tani Padang Astaka, Kemaman, Terengganu pada 17 Januari...

Lagi Artikel Berkaitan