28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dino Menara meninggal dunia

Mesti Baca

VOKALIS kumpulan Menara, Rafdin Mensing meninggal dunia di Hospital Kota Belud, Sabah malam tadi selepas mengalami sakit perut akibat gastrik.


Rafdin yang lebih dikenali sebagai Dino dan terkenal menerusi lagu Sayang disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.46 malam ketika berusia 51 tahun.


Anak saudara Allahyarham, Sara Feramona yang dipetik portal mStar Online sebagai berkata, Dino tidak mahu ke hospital meskipun sudah seminggu sakit perut.


“Allahyarham disahkan meninggal dunia pukul 10.46 malam semalam di hospital.Arwah sudah mengalami sakit perut selama seminggu akibat gastrik namun tidak mahu ke hospital.


“Tetapi semalam selepas mengalami sakit perut yang teruk, dia terus dibawa ke hospital oleh isteri, adik ipar dan kakaknya,” katanya.


Selain Sayang, kumpulan terkenal era 90-an itu turut dikenali dengan lagu Memori Cinta Semalam dan Dalam Emosi Cinta.

Advertisements


Kumpulan Menara turut dianggotai oleh Nuar (gitar utama); Yen (pemain bass); Jali (pemain bass) dan Lee (dram).


Sara dalam pada itu memberitahu, urusan pengebumian Allahyarham dijangka disempurnakan petang ini.


“Buat masa ini, jenazah masih di hospital untuk segala pengurusan berikutan penularan Covid-19.


“Mungkin petang nanti barulah jenazah akan dikebumikan,”katanya.


Allahyarham Dino meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan