27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dana RM19 bilion 1MDB dipulangkan – PM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah AS$4.5 bilion (RM19 bilion).

Perdana Menteri berkata, dana itu termasuk yang dipulangkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) (DOJ) sebelum ini.

Katanya, beliau menyambut baik pengumuman mengenai penyelesaian bernilai AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) yang dicapai antara kerajaan dan dengan syarikat Goldman Sachs bagi tuntutan berhubung salah laku dan penyelewengan dalam kes 1MDB.

“Dengan penyelesaian ini, dana 1MDB yang akan dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah AS$4.5 bilion (RM19 bilion).

“Kerajaan komited untuk meneruskan usaha mendapatkan semula aset-aset lain berkaitan 1MDB dan meneruskan tuntutan terhadap individu dan pihak yang berkaitan dengan skandal penyelewengan 1MDBm” katanya, hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengumumkan Goldman Sachs bersetuju untuk membayar AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi jumlah penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon yang sudah disusun dan diatur oleh mereka untuk 1MDB.

Dalam kenyataan itu, Kementerian Kewangan berkata, Goldman Sachs, atas biayanya sendiri juga akan membantu kerajaan Malaysia dalam melantik pakar pemulihan aset untuk mendapatkan kembali aset lain yang kini berada di luar Malaysia.

Perdana Menteri dalam pada itu berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan , Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan pasukan perunding atas usaha mereka mencapai penyelesaian ini.

“Ini adalah satu kejayaan dalam usaha mengembalikan hak dan harta rakyat Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan