24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bolt dedah nama anak sebagai Olympia Lightning Bolt

Mesti Baca

HEBOH dalam media sosial apabila lelaki terpantas di dunia, Usain Bolt mendedahkan nama anak perempuannya di laman Instagram, semalam.

Sesuai dengan gelaran jaguh pecut dunia dan rekod Olimpik yang dipegang, Bolt menamakan anak hasil hubungannya dengan Kasi Bennett sebagai Olympia Lightning Bolt.

Ekoran itu, laman Instagram dan Twitter pelari Jamaica itu dihujani ucapan tahniah daripada para peminatnya di seluruh dunia.

Pendedahan itu dibuat Bolt dalam laman Instagram ketika dia mengucapkan ulang tahun kepada Bennett dan gembira kerana dapat meraikan hari istimewa itu bersama, Olympia.

“Saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada teman wanita saya, Kasi Bennett. Saya berpeluang menyambut hari istimewa ini bersama-sama kamu.

“Kita mulakan babak baharu dalam kehidupan bersama puteri kita, Olympia Lightning Bolt,” tulis pemenang pingat Olimpik sebanyak lapan kali itu.

Advertisements

Bolt turut berkongsi gambar gaya vintaj teman wanitanya yang berpakaian putih sambil memangku bayi perempuan pasangan itu, selain menyiarkan gambar Olympia yang memakai gaun berwarna merah jambu yang dipadankan dengan cekak kepala sedondon, dengan mesej #OlympiaLightningBolt.

https://www.instagram.com/p/CCWNMuxFp6d/?utm_source=ig_web_copy_link

Paparan Bolt itu telah mendapat lebih 500,000 tanda suka (like) di Instagram dan 60,700 lagi di Twitter.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Bolt dan pasangannya yang telah bersama sejak empat tahun lalu.

Bayi comel Olympia pula, mula mempunyai peminat sendiri.

Olympia dilahirkan pada 17 Mei lepas, namun sebelum ini namanya dirahsiakan.

Bolt mengumumkan kehamilan teman wanitanya itu pada Januari lepas dengan menyiarkan foto kekasihnya memakai gaun merah sambil menyentuh perut yang sedang membesar dalam instagramnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan