28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Remaja autisme masak untuk petugas ‘frontliner’ COVID-19

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

Itulah kata-kata yang selayaknya diucapkan kepada sekumpulan remaja autisme yang menyediakan makanan untuk para petugas barisan hadapan COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 300 pek makanan berjaya dimasak dan dibungkus sendiri oleh kumpulan remaja orang kurang upaya (OKU) yang bergabung di bawah Autsome Cafe Project

UMAR Hasfizal remaja autisme memasak makanan untuk petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini. – Foto: ALUMNI PENJANA

Program yang dinamakan PELUK-Peluk Syawal 2020 itu dianjurkan oleh Persatuan Alumni Kurnia (PELUK) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Advertisements

Yang Di-Pertua PELUK, Nazmi Najib berkata, program itu bagi menghargai petugas kesihatan, selain membantu golongan remaja OKU yang terjejas pendapatan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

ALUMNI Peluk bergambar bersama kakitangan Hospital Kuala Lumpur semasa program Peluk-peluk Syawal 2020 di Hospital Kuala Lumpur baru- baru ini. Foto: ALUMNI PENJANA
ALUMNI PELUK bersama kakitangan Hospital Kuala Lumpur. – Foto: ALUMNI PENJANA

“Remaja OKU ini kebanyakannya bekerja dalam sektor penyediaan makanan di restoran dan kafe. Kami juga turut memberi RM300 secara sekali bayaran kepada yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika dihubungi, baru- baru ini.

Antara remaja autisme yang terlibat dengan program PELUK-Peluk Syawal 2020. – Foto: ALUMNI PENJANA

Majlis penyerahan pek makanan tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray.

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan