27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lepaskan jawatan di MISC, Noh kini Pengerusi PUNB

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjung Karang dari UMNO, Tan Sri Noh Omar yang melepaskan jawatan sebagai Pengerusi MISC Berhad minggu lalu dilaporkan dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Noh yang menjadi Pengerusi anak syarikat perkapalan milik Petronas itu hanya 17 hari sebelum meletakkan jawatan, dikatakan menerajui perbadanan tersebut, yang dilihat lebih tepat selaku bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Perkara itu disahkan sendiri beliau ketika dihubungi Edisi 9.

Noh, 62, adalah Ahli Parlimen Tanjung Karang, pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mulai 2008 hingga 2009.

Noh kemudiannya menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2009 hingga 2013.

Dari 2014 hingga 2016, beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor sebelum kembali ke Kabinet sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 2016 sehingga 2018. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan