29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Isteri perlu layan suami seperti ‘bomba’ – Fynn terus dikecam

Mesti Baca

ISU wanita dikatakan menjadi penyebab kepada berlakunya kejadian rogol terus menjadi perdebatan di seluruh dunia dengan masing-masing mempunyai hujah tersendiri.

Terbaru, dunia hiburan negara menjadi panas apabila penyanyi Fynn Jamal turut memperkatakan isu tersebut dengan menyalahkan kaum hawa yang dikatakan menjadi penarik nafsu lelaki dan seterusnya mendorong berlakunya kejadian itu.

Antara faktor penyebab yang dikatakan Fynn adalah wanita kini terlalu taksub untuk kelihatan cantik di media sosial dengan menggunakan aplikasi filter untuk menampakkan paras wajah mereka kelihatan cantik apabila gambar dimuatnaik ke media sosial seperti Facebook atau instagram.

Pendapat penyanyi yang kini telah memakai pakaian berbentuk purdah atau menutup sebahagian besar wajahnya itu mendapat kecaman kebanyakan wanita di Internet.

Selain isu filter, Fynn juga melalui laman Instagramnya yang membicarakan mengenai isu wanita dan seks dari kaca mata Islam juga menyatakan bahawa isteri perlu berperananan seperti ‘bomba’ dengan sentiasa bersiap sedia untuk melayan nafsu seks suami.

Fynn menceritakan melalui kuliah agama yang didengarinya (tidak pasti sama ada melalui youtube atau secara fizikal), air mani dikatakan berasal dari elemen api dan sehubungan itu adalah amat penting bagi isteri-isteri menjadi bomba kepada ‘api’ sang suami.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengecam kenyataan Fynn itu walaupun hujah serta keterangannya merujuk kepada petikan ayat-ayat al-Quran dan hadis bagi menjawab isu berkenaan.

Netizen juga turut melahirkan rasa kasihan dengan kaum wanita kerana bukan sahaja perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan membuat kerja-kerja rumah tetapi turut perlu sentiasa bersedia menjadi anggota ‘bomba’.

Dalam perkongsian sebelum ini, Fynn ada menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan kepada para isteri supaya ‘standby’ (sentiasa bersedia) jika si suami mahu bersama apabila pulang ke rumah.

Malah, teori itu menarik penyanyi rap Caprice mengadakan perbincangan melalui Instagram Live bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada Fynn.

Melalui perbincangan tersebut, Fynn menjelaskan: Benda yang kita buat contoh seperti TikTok, pakai filter dekat muka, enhance muka sampai tabarruj (berlebih-lebihan). Namun tidaklah bermaksud apabila pakai filter tu kita kena rape (rogol). Ia tidaklah secara terus begitu,” katanya. – EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan