Wednesday, July 22, 2026

Kerjasama Jabatan Penerangan & ADUN Kota cegah COVID-19

Mesti Baca

PENGARAH Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad dan Pasukan Info On Wheels Pejabat Penerangan Daerah Rembau mengadakan kunjungan hormat dan sesi temu mesra bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Seri Dr Awaludin Said, semalam.

Pertemuan yang turut disertai Pegawai Penerangan Daerah Rembau, Malini Yunus itu berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kota di Kota, Rembau, Negeri Sembilan.

Menurut Shahnon, beberapa perkara telah dibincangkan mengenai kerjasama di antara dua pihak mengenai Langkah Pencegahan COVID-19.

“Turut dibincangkan adalah ebahan program-program pada masa akan datang antaranya Program Semarak Kita Merdeka peringkat DUN Kota dan Daerah Rembau,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, pasukan IOW juga menyerahkan poster cetakan Jabatan Penerangan mengenai Langkah Pencegahan COVID-19 kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota serta para peniaga di sekitar pekan Kota dan Astana Raja. – EDISI 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan