27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Siapa pengkhianat sebenar?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

SEJAK tertubuhnya Perikatan Nasional pada penghujung Februari lalu sehingga ke hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilabelkan sebagai pengkhianat sebenar kerana meninggalkan Pakatan Harapan.

Gelaran itu dilaungkan bukan sahaja dalam kalangan penyokong PKR, DAP malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Persoalannya siapa pengkhianat sebenar?

Siapa yang sanggup bersekongkol dengan parti cauvanis semata-mata mabukkan kuasa tanpa memikirkan apakah kesannya kepada agama dan bangsa?

Cukuplah dua tahun rakyat khususnya orang Melayu disakiti menerusi banyak siri keangkuhan dan kebiadaban DAP.

Ketika itu, di mana Dr. Mahathir, mana Anwar mana pula Amanah?.

Apakah disebabkan itu Muhyiddin ‘bangun’ dan bertindak meninggalkan kerjasama dengan DAP demi mempertahankan apa yang sewajarnya boleh dianggap pengkhianat?

Rakyat tidak bodoh dan buta. Mereka sudah melihat bagaimana pelbagai bantuan disekat serta dikurangkan, kontrak dan tender bumiputera terjejas, penjawat awam berstatus kontrak ditamatkan khidmatnya.

Boleh dikatakan usahawan dan pemilik syarikat bumiputera daripada berskala besar sehingga bersaiz kecil dan sederhana banyak ‘terduduk’.

Tipu kalau kata tiada siapa yang mengeluh dalam tempoh berkenaan kesan daripada tindakan tersebut.

Itu tidak termasuk soal pendidikan, tulisan jawi dijadikan isu, kontrak kawalan keselamatan sekolah dikacau. Tambah ada pula cadangkan sekolah tahfiz mahu ditutup.

Soal agama, fahaman liberlisme dan pluralisme semakin menular, LGBT diberikan kebebasan, atas alasan demi hak manusia.

Sedangkan banyak perkara sudah termaktub dalam perlembagaan. Mengapa perlu dicabar?.

Turut menjadi kemuncak kemarahan orang Melayu apabila kematian arwah Adib seperti tiada pembelaan.

Maka ada lebih baik tanya kepada diri sendiri siapa sebenarnya pengkhianat dan penderhaka sebenar kepada agama dan bangsa sebelum menggelarkan Muhyiddin sebagai pengkhianat.

Lebih baik ‘belot’ kepada parti dan pemimpin politik berbanding menderhaka kepada agama dan bangsa hanya kerana jawatan dan kuasa.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan