30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penggabungan UMT, UNISZA tidak diteruskan

Mesti Baca

WARGA Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) boleh menarik nafas lega selepas cadangan penggabungan kedua-dua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Terengganu itu dibatalkan.

Cadangan yang dibuat semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak diteruskan setelah mengambil kira beberapa faktor dan cabaran semasa.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, antaranya ialah perbezaan fokus tujahan yang ketara, penyelarasan akademik dan institusi penyelidikan sedia ada serta tahap kesediaan kedua-dua IPTA itu membentuk satu identiti tersendiri bagi universiti baharu kelak.

“Kementerian mengambil serius pandangan setiap warga universiti dalam melaksanakan penggabungan ini dan telah meneliti implikasi jika penggabungan ini diteruskan terutamanya terhadap pembangunan pelajar kedua-dua universiti,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Noraini berkata, penggabungan UMT dan UNISZA juga akan memadam kejayaan yang telah dicapai oleh kedua-dua IPTA itu yang telah mencipta identiti dan mengembangkan fokus bagi tujuan masing-masing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pada September tahun lalu, jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan penggabungan UMT dan UNISZA menggunakan Konsep Gabungan Sepenuhnya, dan perkara itu turut dipersetujui oleh kedua-dua IPTA terbabit.

Bagaimana pun usaha tersebut mendapat bantahan termasuk kalangan warga universiti dan alumni mereka.

Sehubungan itu satu petisyen dalam talian telah diwujudkan oleh Kesatuan Alumni MPP UMT dan sehingga hari ini petisyen menerusi Change.Org itu telah berjaya mengumpul lebih 10,000 tanda tangan. – Edisi9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan