27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Mahathir punca krisis politik – Ronnie

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketika Tun Dr.Mahathir Mohamad begitu beria-ia mahu menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menganggap Perdana Menteri sebagai pengkhianat, seorang pemimpin DAP tampil menyalahkan bekas Perdana Menteri itu berikutan krisis politik yang berlaku sehingga Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa pada Februari lalu.

Melalui tulisan dalam Facebooknya, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu berkata, masalah tidak akan berlaku jika Mahathir menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak meletakkan jawatan.

“Jika Tun M menerima nasihat YDPA (Yang di-Pertuan Agong), tiada masalah. Jika Tun tidak melucutkan seluruh Kabinet, tiada masalah.

“Jika Tun tidak mencadang untuk menubuhkan sebuah kerajaan ‘unity’ tanpa PH dan mana-mana parti politik, tiada masalah. Akhirnya Kerajaan PH tumbang kerana rampasan kuasa oleh orang parti Tun Mahathir sendiri,” katanya.

Kritikan terbuka Ronnie itu sudah tentulah tamparan kepada Mahathir yang sebelum ini dilihat begitu ‘sayangkan DAP’ dan sentiasa mempertahankan parti itu termasuklah yang terbaru ‘bersedia untuk susah senang bersama’.

Apa yang diperkatakan oleh Ronnie adalah benar. Kerajaan PH tumbang sebaik sahaja Mahathir meletakkan jawatan dan enggan menarik balik hasrat itu biarpun dipujuk oleh Yang di-Pertuan Agong, malah Mahathir yang memohon perkenan Seri Paduka untuk membubarkan Kabinet PH ketika itu.

Atas sebab itulah dalam catatannya Ronnie menegaskan, “Tun M-lah yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan PH dan beliau belum lagi mengaku kesilapanya dan belum meminta maaf kepada rakyat.”

Kenyataan ini membuktikan, tindakan Mahathir menuding kepada Muhyiddin, UMNO dan Pas boleh dianggap tindakan terdesak bagi melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap kejatuhan Kerajaan PH.

Oleh itu pemimpin-pemimpin PH tidaklah lagi perlu beria-ia mahu menuduh Kerajaan PN ditubuhkan secara pintu belakang atau ‘tebuk atap’ sebaliknya perlu menerima hakikatnya bahawa Muhyiddin membentuk kerajaan bersama UMNO dan Pas setelah kerajaan sedia ada ketika itu sudah terbubar dengan peletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri serta krisis dalam PH. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan