KETIKA tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan aktiviti terhad dan terbatas membuatkan lima warga komuniti kejiranan Fasa Tiga, Puncak Alam, Selangor mengambil inisiatif membakar lemang untuk jualan.
Bermula dengan 30 batang lemang untuk menjamu kejiranan sehingga mendapat permintaan yang menggalakkan tercetusnya idea untuk meneruskan bagi mengambil tempahan.
Khairul Anuar Razali berkata, aktiviti pembakaran lemang ini mendapat kebenaran pihak majlis perbandaran dan komuniti penduduk.
Lemang yang dijual mengikut saiz buluh bermula dari RM 12 hingga RM 16 sebatang. – Edisi 9








