29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MEX tawar diskaun 50 peratus sempena Aidilfitri

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus pada hari pertama Aidilfitri, esok.

Maju Expressway Sdn Bhd, anak syarikat Maju Holdings dalam satu kenyataan berkata, diskaun itu sah untuk semua pengguna dan kelas kenderaan pada hari tersebut bermula jam 12 tengah malam sehingga 11.59 malam.

Untuk maklumat lanjut dan informasi trafik terkini, hubungi talian bebas tol MEX di 03-83159111 atau ikuti MEXTraffic melalui Twitter dan Facebook.

Sementara itu, Pengerusi  Eksekutif Kumpulan Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan kakitangan kumpulan syarikat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan