27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lelaki langgar orang ramai, gerai penjaja disyaki mabuk

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KECOH dalam media sosial semalam tentang kejadian seorang lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda melanggar orang ramai dan gerai di tapak penjaja Pekan Bukit Sentosa, Selangor.

Dua rakaman video yang tular termasuk dalam Facebook telah mengundangkan kemarahan netizen yang menyaksikannya.

Berikutan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki rakyat tempatan berumur 32 tahun di Balai Polis Bukit Sentosa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin dalam kenyataan media hari ini mengesahkan suspek yang bekerja sebagai pemborong tayar dipercayai mabuk ketika melakukan perbuatan tersebut.

“Setakat ini, seramai lima orang awam disahkan mengalami kecederaan akibat daripada kejadian tersebut.

“Mangsa terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita. Kesemua mangsa mengalami luka-luka ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar,” jelasnya.

lelaki
Suspek cuba melanggar orang ramai di lokasi kejadian.

Kerosakan melibatkan dua kereta, dua motosikal dan dua khemah penjaja.

Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah dan polis akan memohon perintah reman terhadapnya hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan / Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan serta menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian negatif berhubung kejadian itu.

Memang ramai netizen yang menyuarakan kemarahan selepas menyaksikan kejadian dalam rakaman video yang tular tersebut.

Rata-rata mereka mahu suspek yang terlibat dalam insiden yang membahayakan nyawa orang ramai dan merosakkan harta benda itu menerima hukuman setimpal dengan perbuatannya.

Harap semua pihak dapat mengawal emosi dan tidak mengeluarkan komen yang boleh menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Polis telah pun menahan suspek dan siasatan dimulakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan.

Sekiranya kes ini dibicarakan, biarlah mahkamah menentukan sama ada suspek bersalah atau sebaliknya serta bentuk hukuman yang akan dikenakan terhadapnya.

Pada masa yang sama, elok juga kerajaan memperkenalkan dan menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas bagi menghukum mereka yang memandu dalam keadaan mabuk. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan