25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

Kementerian Kesihatan nafi fitnah 5 pegawai ditahan SPRM

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

TULAR dalam media sosial semalam berhubung dakwaan lima pegawai Menteri Kesihatan dan Kementerian Kesihatan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan media pada 5 Mei menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah.

Berikutan penyebaran fitnah dalam Facebook dan Twitter itu, Kementerian Kesihatan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

Fitnah itu dikatakan dibuat menerusi menerusi beberapa akaun Facebook termasuk “Teuku Shafiz Rullah” dan “STEADYAKU47” serta akaun Twitter “Fadzilah Mamat @fadzilahmamat”.

“Posting di Facebook dan kicauan Twitter berkenaan mendakwa SPRM telah menahan dua pegawai kanan Menteri Kesihatan dan tiga pegawai kementerian.

“Posting itu antara lain mendakwa “Menteri Kesihatan juga terlibat” dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperolehi kontrak RM30 juta,” jelas Kementerian Kesihatan.

Kementerian Kesihatan yang kesal dengan fitnah tersebut berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat pemilik-pemilik akaun media sosial terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya.

Netizen juga diminta menghentikan perkongsian fitnah itu.

Difahamkan, SPRM sedang menyiasat dakwaan beberapa syarikat yang mendapat kontrak secara tidak layak untuk menyediakan kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta. – EDISI9

Baca juga:   Polis bantuan maut, nahas bertembung bas

Wartawan

Terkini

MOU PKNS, Samsung beri nilai tambah kepada pembeli

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya. Ketua Pegawai...

Lagi Artikel Berkaitan