Mesti ramai yang merungut sebab wang RM500 yang sepatutnya diterima daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pengeluaran di bawah skim i-Lestari masih belum dikreditkan ke dalam akaun bank mereka.
Walhal semakan melalui sistem i-Lestari Online mendapati pembayaran sepatutnya mula dibuat seawal 4 Mei 2020.

Bagi menjawab persoalan daripada pencarum-pencarum terbabit, KWSP telah menyiarkan notis pemberitahuan melalui Facebook.
Menurut KWSP, mereka yang membuat permohonan pada bulan April akan dibayar secara berperingkat mulai 4 hingga 18 Mei.
Pencarum juga dinasihatkan untuk membuat semakan status permohonan pengeluaran melalui i-Lestari Online.
Jadi, mereka tidak perlu menelefon, menghantar e-mel atau datang ke pejabat cawangan KWSP.

KWSP turut memaklumkan, pencarum boleh menyemak akaun bank dalam tempoh sehari hingga tiga hari bekerja dari tarikh bayaran.
“Ini adalah bergantung kepada tempoh pemprosesan bank (bank clearance),” jelas KWSP.
Harap bersabar semua, kalau permohonan sudah diluluskan duit tetap akan masuk ke dalam akaun masing-masing nanti. – EDISI9
minta id baru