32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

FIFA arah KAFA bayar tunggakan Bruno Lopez RM142,000

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Nasib Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagai sudah jatuh ditimpa pula tangga.

Belum reda isu tunggakan gaji Cassio Francisco de Jesus, persatuan itu diarahkan pula oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) agar menjelaskan tunggakan gaji seorang lagi bekas pemain importnya, Bruno Lopez.

Arahan Jawatankuasa Status FIFA menerusi surat bertarikh 26 Mei itu meminta bayaran tunggakan gaji sebanyak AS$32,667.50 (RM142,029) dibuat kepada pemain berasal dari Brazil tersebut dibuat dalam tempoh 45 hari.

“Kegagalan menyelesaikan bayaran tersebut dalam tempoh ditetapkan akan menyebabkan KAFA digantung daripada mendaftar pemain baru sama ada tempatan mahupun luar negara untuk keseluruhan tiga tempoh pendaftaran berturut-turut,” kata Pengerusi Jawatankuasa Status FIFA, Erika Montemor Fereira.

Lopez menyarung jersi Kelantan pada 2018 tetapi kontraknya ditamatkan secara pra-matang hanya selepas beraksi beberapa perlawanan.

Pemain itu telah cuba berunding tetapi tidak dilayan Presiden KAFA ketika itu, Bibi Ramjani Ilias Khan.

BRUNO LOPEZ menandatangani kontrak di hadapan bekas Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan pada penghujung 2017.

KAFA baru sahaja mahu menarik nafas lega, apabila Cassio menyatakan kesediaan untuk berunding berhubung arahan pembayaran lebih RM600,000 oleh FIFA, dengan mediasi dibuat di Mahkamah Timbangtara Sukan.

Sementara itu, Lopez ketika dihubungi berkata, kes tersebut sudah lama berlarutan tetapi keputusan baharu sahaja dibuat, kemungkinan ekoran pandemik Covid-19.

Katanya, beliau telah menghantar semua butiran pembayaran dan invois kepada KAFA menerusi peguamnya tetapi belum mendapat maklum balas daripada bekas majikannya itu.

“Saya hanya menuntut hak saya, kalau diikutkan jumlah yang perlu dibayar kepada saya sedikit sahaja berbanding tuntutan pemain lain, tetapi mereka tidak pernah cuba menyelesaikannya.

“Kita tengok sahaja apa yang terjadi, kalau bayar mereka terlepas kalau tidak terimalah akibatnya,” kata pemain yang beraksi dengan Persija Jakarta itu. – La Bola Malaya

Terkini

Afidavit Zahid manifestasi usaha pembelaan terhadap Najib

TINDAKAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong petisyen Datuk Seri Najib Razak berhubung kewujudan...

Lagi Artikel Berkaitan