25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Kerteh FC juara Piala TAL, tewaskan Markless di final

Mesti Baca

PASUKAN Kerteh FC muncul juara Piala Liga Amatur Terengganu (TAL) 2019 selepas menewaskan Markless ST 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini malam ini.

Kemenangan tersebut membolehkan The Oilers meraih kejuaraan berganda selepas muncul juara Liga Premier TAL.

Lebih manis, pemain sensasi Kerteh FC, Mohd Izzul Fadhli pula meraih kasut emas selepas menjadi penjaring terbanyak liga iaitu sebanyak 10 gol sepanjang musim ini.

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas masa tambahan 30 minit selepas buntu menjaringkan gol sepanjang masa sebenar berlangsung.

Walaupun serangan demi serangan dilancarkan oleh Kerteh FC dan Markless ST namun gagal menembusi jaring pasukan lawan.

Markless ST beberapa kali hampir-hampir merobek jaring Kerteh FC namun tendangan penyerang mereka dua kali terkena palang.

Detik kemenangan Kerteh FC diraih selepas sepakan penalti terakhir oleh Hafidz Zahari menerjah jaring sekali gus merangkul kejuaraan buat kali pertama.

Baca juga:   Bung Moktar letak jawatan Presiden Safa

Hafidz juga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. – Edisi9

Wartawan

Terkini

Ini bukan pengakhiran karier politik saya – Hishammuddin

AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang digantung keahlian dalam UMNO menegaskan keputusan itu bukan pengakhiran kepada karier politiknya. Sebaliknya bekas...

Lagi Artikel Berkaitan