Thursday, June 4, 2026

Orang ramai perlu berhati-hati dengan ‘scammer’ di Telegram

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menyarankan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa scammer di aplikasi Telegram.

TH dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat pihak yang menyamar dan menggunakan logo TH.

“Pihak berkenaan turut menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu.

“Sehubungan dengan itu, TH menasihati pendeposit mereka untuk tidak tertipu dan menjadi mangsa scammer dengan penawaran yang tidak munasabah terutamanya daripada pihak ketiga,”kata kenyataan itu.

Ujar TH, sebarang pertanyaan boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan