Thursday, June 4, 2026

Peniaga sebak, Dr Akmal beli semua jualan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG peniaga nasi lemak tidak dapat menahan sebak dan terkejut apabila dikunjungi Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang membeli semua jualannya, hari ini.

Dalam perkongsian video di laman Facebook, Dr Muhamad Akmal membantu wanita berkenaan dengan menghulurkan wang RM500 dengan membeli jualan yang masih ada.

Dengan tindakan Dr Muhamad Akmal itu, membuatkan wanita berkenaan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan yang diberi.

Menurut Dr Muhamad Akmal, beliau menemui wanita berkenaan ketika dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi.

“Hujan lebat pagi tadi dan semasa nak pergi ke office (pejabat) ,perasan ada akak ni berniaga sambil bawa anak kecil.

“Anak kecil ni diletakkan di dalam kereta dengan bonet yang terbuka.

“Sayu sangat hati tengok akak dan anaknya yang gigih mencari rezeki walaupun hujan lebat,”katanya.

Justeru, Dr Muhamad Akmal berkata, beliau mengambil keputusan untuk membeli semua jualan peniaga itu supaya wanita itu dapat pulang awal ke rumah bersama anaknya tanpa perlu berhujan

“Jadi kita kongsi rezeki dengan beli semua juadah sarapan supaya akak dan anaknya dapat balik awal dan tak perlu duduk dalam hujan.

“Moga Allah permudahkan urusan kita semua,”katanya.

Keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu turut mendapat pujian warganet yang memuji sikap Dr Muhamad Akmal.

Zaabah Siman berkata, Alhamdulillah.. Terbaik YB Dr Akmal.

“Moga Allah permudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah sentiasa sekeluarga,” ujarnya.

Mohd Sah Jusman pula, usaha yang baik.

“Memberi dan menerima memang saling melengkapi,” katanya.

Sementara Azman Tasha berkata, Alhamdulillah.. orang baik ramai sayang. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan