32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

‘Datuk Seri’ panjat pagar SPRM elak ditahan polis

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Suspek utama sindiket penggubahan wang haram bergelar Datuk Seri yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin kini diburu polis.

Sumber berkata, lelaki itu sepatutnya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian

Suspek katanya dipercayai bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.

“Polis hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya yang dipetik Sinar Harian hari ini.

Sumber berkata, sehubungan itu, polis kini sedang mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Advertisements

Katanya, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

Nik Ros Azhan berkata, bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mendapatkan perintah reman, namun mereka kini ditahan semula membabitkan satu lagi laporan berkaitan perjudian di Cheras.

“Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perjudian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini.

“Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan polis memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh SPRM berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan