24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pertembungan epik Sevilla-Roma di final UEL pagi esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AWAL pagi esok bakal menyaksikan satu lagi perlawanan epik final Liga Europa (UEL) di Budapest membabitkan Sevilla dan AS Roma.

Telah hampir dua dekad lamanya Mourinho memenangi trofi di Eropah pertamanya selepas mengemudi FC Porto menjuarai Liga Juara Juara Eropah (UCL).

Selepas 20 tahun, pengurus berbangsa Portugis itu berpeluang mengumpul trofi Eropah keenam dalam koleksi kejuaraannya.

Mourinho mempunyai rekod kemenangan 100 peratus di final, menang kesemua lima perlawanan dalam lima perlawanan yang ditempuhnya.

Rekod tersebut membuat penyokong Roma tersenyum selepas Mourinho mengemudi kelab itu menjuarai Liga Konferensi Europa (ECL) pada musim lalu.

Bagaimanapun, masalah terbesar yang terpaksa dihadapi Roma dan Mourinho adalah jiwa UEL yang sudah sebati dalam sanubari Sevilla.

Advertisements

Kelab Sepanyol itu merupakan pemenang terbanyak kejohanan dan mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus di final, menang kesemua enam perlawanan akhir.

“Sejarah tidak akan membantu memenangi perlawanan. Ini perlawanan akhir dan sejarah baharu,” kata Mourinho.

Mourinho itu bakal menjadi pengurus pertama memengani trofi UEL jika menang awal pagi esok selepas berjaya melakukannya ketika bersama FC Porto dan Manchester United.

Sementara itu, Sevilla agak bergelut dalam kempen La Liga musim ini sebelum kehadiran pengurus, Jose Luis Mendilibar pada Mac lalu.

Kini mereka kembali ke prestasi terbaik dengan pemain berpengalaman seperti Ivan Rakitic dan Jesus Navas bakal mengetuai kelab Andalusia itu untuk merobohkan ego Mourinho dan Roma. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan